Couldn't agree more. Solat itu tiang agama. Pengalaman Nabil sepanjang penglibatan di dalam dunia seni ini sehingga mendapat panggilan ke tanah suci wajar dijadikan contoh.
Program Raja Lawak mengubah kehidupan saya 180 darjah. Sebab itu, semua rakan saya berkata, perkara paling ajaib pernah berlaku di dunia adalah saya. Bayangkan dahulu, saya penghantar surat yang bergaji RM600 sebulan. Tahun 2010 merupakan zaman kejatuhan saya. Kerjaya dan kehidupan peribadi tidak menjadi. Alhamdulillah, saya cepat tersedar kerana terlalu hanyut dengan keduniaan
Saya berfikir, dahulu waktu jadi penghantar surat, hidup sentiasa gembira dan tidak bermasalah. Sebabnya ketika itu, saya amat menjaga solat. Bila jadi artis dan sudah sibuk, perkara yang asas iaitu solat telah saya ditinggalkan. Perkara itu amat menyedarkan saya. Apabila saya baiki solat, lama-kelamaan semuanya kembali pada kedudukan yang normal. Kerjaya bertambah baik dan saya bertemu jodoh.Sudah menjadi resam orang kita, pulang daripada haji sahaja seseorang itu pasti dianggap Ustaz atau imam.
Saya mengaku, masih banyak kekurangan. Tidak semestinya selepas mengerjakan haji, balik terus boleh jadi ustaz. Tidak! Saya hanyalah Nabil yang biasa. Cuma selepas tunaikan haji, saya harus pandai menjaga diri. Jika dahulu, saya hanya dirikan solat yang wajib, sekarang saya kena rajin buat solat sunat dan perkara lain yang boleh mendapat pahala tambahanTahniah Haji Nabil. semoga kita semua terus istiqamah di dalam kehidupan.
0 Response to "[EKSKLUSIF] Peringatan Haji Nabil Selepas Pulang Dari Haji Ini Pasti Menginsafkan Anda "
Post a Comment