Boss, kita adalah sebuah negara islam, MAS adalah syarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikina? Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahu. Saya mahu jawapan dari segi agama dari anda.
Datuk Idris Jala mengambil mikrofon dan memaklumkan kepada lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki tersebut menjawab dua persoalannya dahulu.
Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan DIA boleh berbbuat apa-apa yang DIA mahukan dengan kuasa NYA?
Lelaki itu membalas Ya.
Adakah anda percaya bahawa Allah tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?
Lelaki iu sekali lagi menjawab Ya .
Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa mengapa DIA tidak menggunakan kuasa NYA untuk menghapuskan dosa dan alkohol? Ia adalah kerana Allah Maha Adil, DIA memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan. Jika anda berfikir bahawa Allah sahaja bekuasa, maka DIA hanyalah ada kuasa. DIA akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang.
Jawapan itu mendapat tepukan gemuruh dari kakitangan MAS yang hadir.
Boss, saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakan nota di menu mengatakan menu itu tidak halal
0 Response to "Ini Adalah Jawapan Kenapa MAS Masih Menghidangkan ARAK di dalam Pesawat Yang Mengejutkan Semua!!!"
Post a Comment