Luahan menyayat hati ini dikongsikan melalui laman facebooknya arwah isterinya, Ummi Basheer.
16 tahun masa kita bersama, bukan lah mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersama-sama di layari, berbagai dugaan dan cabaran yg kita tempuhi bersama-sama. 16 tahun masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada abah. 16 tahun masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selama-lamanya, tiada org yg paling bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg solehah seperti umi. Kini kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami ,tapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada. In sha Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anak-anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak-anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah. Moga-moga abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA nanti. Abah halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa umi, umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah, abah redho dgn segala-galanya. Damailah umi di sana............Al Fatihah, kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
0 Response to ""Abah halalkan dan ampunkan dosa umi"-Luahan Suami untuk Isteri yg TERKORBAN"
Post a Comment