ISU WSJ : 10 SEBAB KENAPA PM NAJIB SEDANG KANTOIKAN DIRI SENDIRI

ISU WSJ - 1MDB : 10 SEBAB KENAPA PM NAJIB SEDANG KANTOIKAN DIRI SENDIRI | Malaysia kini negara yang sedang trending sekarang. Bukan sebab pencapaian yang dapat dibanggakan, tetapi pelbagai isu ekonomi yang bermula daripada penubuhan 1MDB itu sendiri.

ISU WSJ : 10 SEBAB KENAPA PM NAJIB SEDANG KANTOIKAN DIRI SENDIRI

Keadaan semakin panas apabila pihak Wall Street Journal mendakwa sejumlah wang telah didepositkan ke akaun peribadi PM Najib sendiri.

Kami tertarik dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas semalam yang mana PM Najib kita sebenarnya sedang memerangkap diri sendiri.
“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” – Kenyataan PM, 8 Julai 2015
Kenyataan di atas jelas menunjukkan Petugas Khas yang dilantik bukanlah satu badan bebas, malah sedang menunggu arahan dan akan melaporkan 'findings' kepada yang sedang ditudun iaitu PM Najib.

Secara ringkasnya, ini dia 10 sebab kami rasa PM Najib sedang kantoikan diri sendiri tentang isu 1MDB ini:
  1. Penubuhan pasukan khas. 
  2. Beku 6 akaun. 
  3. PM sendiri bagi arahan penyiasatan.
  4. Pasukan Khas rupanya menyiasat siapa dalang yg membocorkan rahsia.. 5. Akaun yg dibeku rupanya bukan akaun PM.. 
  5. PM Kemuka notis saman WSJ. 
  6. Siasatan pasukan khas semata-mata untuk kumpul bukti nak saman WSJ. 
  7.  Rupanya PM nak saman WSJ dgn undang2 Malaysia, di Malaysia..  bukan dimahkamah US pun.. 
  8. Oh rupanya ini semua sandiwara Najib untuk dipertonton kepada rakyat. 
  9. Sasaran utama saman Najib bukan WSJ, tetapi pemimpin2 yang menentangnya, seperti Tony Pua, Rafizi, dan Tun M. 
  10. Tujuan utama audit 1MDB ditangguhkan pun adalah untuk berkempen memecat ahli-ahli PAC yang tidak sealiran, TV3 memain peranan perang saraf. 
Last sekali, pihak tertuduh tetap menang, dan wang rakyat sekali lagi terbazir begitu saja.. Semua drama jadi sia-sia

Kepada PM, kami sejujurnya berharap sekiranya PM ingin membersihkan nama, sila bercuti atau tidak terlibat langsung dengan siasatan ini. Jika tidak si tertuduh akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atasnya adalah tidak benar.

sumber

0 Response to "ISU WSJ : 10 SEBAB KENAPA PM NAJIB SEDANG KANTOIKAN DIRI SENDIRI"

Post a Comment