[EKSKLUSIF] Anwar Ibrahim Kesal Pas 'Bercerai' dengan DAP

Adakah ini petanda kejatuhan pembangkang?


Anwar Ibrahim yang ditemuramah di dalam penjara Sungai Buloh menyatakan kekesalannya terhadap usul hasil dari muktamar PAS Sabtu ( 6 Jun ) lalu.

"Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional (BN)."

Sabtu lalu, Muktamar Tahunan PAS memutuskan untuk meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Datuk Seri Andul Hadi Awang.

0 Response to "[EKSKLUSIF] Anwar Ibrahim Kesal Pas 'Bercerai' dengan DAP"

Post a Comment